Pengurusan

Muhammad Syafiq Bin Abdullah

Penolong Pengurus Besar

En. Muhammad Syafiq Bin Abdullah berkhidmat di MyAngkasa Amanah Berhad pada 9 April 2014 dan kini dilantik sebagai Pengurus Unit Pusaka. Beliau Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian) dan mempunyai Diploma Syariah dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). 
Beliau berpengalaman luas dalam operasi pusaka, pemasaran serta latihan agen dalam bidang perancangan dan pentadbiran pewarisan selain pernah berkhidmat sebagai Eksekutif di As-Salihin Trustee Berhad.

Mohammad Al-Jauoharie Bin Moharam

Pengurus

En. Mohamad Al-Jauoharie Bin Moharam memulakan karier di MyAngkasa Amanah Berhad pada 8 April 2014 dan kini menyandang jawatan sebagai Pengurus Unit Wasiat. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) dari Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech.

Berpengalaman dalam operasi wasiat, latihan agen serta konsultan MAAB dan pemasaran produk perancangan harta pusaka. Pernah berkhidmat di Takaful Ikhlas Sdn Bhd dari Julai 2019 Hingga Oktober 2011

Norsyah Bin Sharipuddin

Pengurus

En. Norsyah Bin Sharipuddin mula berkhidmat di MyaAngkasa Amannah Berhad pada 14 April 2014 dan kini dilantik sebagai Pengurus Unit Hibah & Amanah. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Usuluddin, Akedmi Pegajian Islam dari Universiti Malaya.

Pengalamannya merangkumi produk kewangan Islam sebagai perunding dan penceramah dalam industri perancangan kewangan termasuk takaful/insurans, pewarisan dan saham Amanah sejak 2008. Beliau telah memulakan kariernya sejak 20 tahun yang lalu terutamanya dalam pemasaran, jualan dan latihan dalam agensi yang menyimpulkan penebusan bahagian pasaran, akaun dan penjualan/pengurusan saluran jualan dan pengembagan perniagaan

Halimah binti ismail

Pengurus

Pn. Halimah Binti Ismail mula berkhidmat di MyAngkasa Amanah Berhad pada 17 Januari 2022 sebagai Pengurus Unit Pembangunan Perniagaan. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) , Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengalamannya merangkumi pelbagai industri, dan bermula sejak 13 tahun yang lepas. Beliau memulakan karier sebagai Pensyarah di sebuah Kolej Islam Sains & Teknologi dan biasa dijemput memberi ceramah serta kaunseling Dietetik dan Kesihatan oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan.

Beliau juga pernah bertugas di ibu pejabat Great Eastern Takaful Berhad di Bahagian Operasi dan Khidmat Pelanggan. Seterusnya, beliau telah terlibat dalam bidang jualan, pemasaran, taklimat, latihan produk dan pengurusan di Azeus Convene, sebuah syarikat aplikasi perisian tersenarai di Bursa Singapura sebelum dilantik sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan di MyAngkasa Amanah Berhad yang mana melibatkan beliau dengan pemasaran produk, latihan ejen, ceramah dan taklimat berkenaan Perancangan / Pentadbiran Harta Pusaka serta program-program berkaitan pembangunan perniagaan.