amanah

Apa itu Amanah

Amanah adalah perjanjian (Surat Ikatan Amanah) yang membolehkan seseorang (Penderma) memberikan tanggungjawab undang-undang atas aset mereka kepada orang lain (Pemegang Amanah) untuk pihak ketiga yang menerima (Benefisiari / Penerima Amanah).


Perkhidmatan Amanah MAAB

Amanah Takaful / Insurans

Memastikan pampasan takaful/insurans diagihkan dan diuruskan kepada penerima/benefisiari yang diinginkan dengan membuat Amanah Takaful/Insurans.

MYANGKASA AMANAH BERHAD (MAAB) dilantik sebagai Pemegang Amanah untuk pampasan takaful/insurans yang diperolehi untuk diagihkan dan diuruskan kepada penerima/benefisiari yang diinginkan sepertimana arahan/terma Surat Ikatan Amanah yang dipersetujui.

Syarat Sijil Takaful/Polisi insurans yang boleh diamanahkan

Kebaikan Amanah Takaful / Insurans

Amanah Tunai

AMANAH TUNAI INDIVIDU – Menyediakan sumber kewangan/pendapatan segera kepada benefisiari selepas kematian penderma. Penderma boleh mengagihkan Dana/Modal Amanah untuk tujuan dan hasrat tertentu kepada penerima/benefisiari melalui Pemegang Amanah sepertimana yang dinyatakan dalam Surat Ikatan Amanah

AMANAH TUNAI KORPORAT – Amanah yang diterima daripada Institusi/perbadanan/agensi kerajaan/ yayasan/ kelab/ syarikat/ persatuan/ badan korporat atau koperasi bertujuan menyediakan tabung amanah untuk dana/modal amanah diagihkan kepada penerima/benefisiari untuk tujuan dan hasrat tertentu penderma korporat.

Syarat Amanah Tunai

Kebaikan Amanah Tunai

Kami bersedia membantu anda

Sila lengkapkan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda membantu anda dalam perancangan harta anda.

EnglishMalay