Pengurusan

Faudzi bin mt din

Ketua Pegawai Eksekutif

En. Faudzi Mt.Din mula berkhidmat di MyAngkasa Amanah Berhad pada 10 Januari 2014 dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sejak 2 September 2020. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam jurusan Pemasaran (Kepujian) dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau mempunyai hampir 20 tahun pengalaman kerja dan pernah berkhidmat di beberapa Bank Pelaburan selain terlibat dalam pelbagai jabatan seperti unit Pemulihan Hutang, Kawalan Kredit, Audit Dalaman dan Penyelesaian Kredit. Beliau kemudian menyertai Syarikat Peramanahan Korporat iaitu Amanah Raya Trustee Berhad sebagai Ketua Jabatan sebelum menyertai MyAngkasa Amanah Berhad.

ahmad sahrul bin mohamad

Pengurus Besar

En. Ahmad Sahrul Bin Mohamad memulakan kerjaya di MyAngkasa Amanah Berhad pada 19 Februari 2014 dan kini menyandang jawatan sebagai Pengurus Besar. Beliau pernah berkhidmat di Amanah Raya Berhad sebagai Eksekutif Kanan selama hampir 8 tahun dalam pengurusan khidmat pelanggan, operasi pengurusan pusaka, pengurusan cawangan dan audit serta produk perancangan harta pusaka.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan, Perbankan Islam (Kepujian) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau mempunyai pengalaman hampir 16 tahun dalam operasi pentadbiran pusaka dan perancangan pewarisan. Banyak terlibat sebagai Penceramah Jemputan dan Pengajar bagi Agen Rakan Niaga Bank, Koperasi dan Rakan Korporat, Perancang Kewangan, Agensi Kerajaan / Swasta, Media Massa, Insititusi Pengajian Tinggi (IPTA) dan Orang Awam yang khusus dalam hal pengurusan pusaka dan perancangan pewarisan

muhammad syafiq bin abdullah

Pengurus

En. Muhammad Syafiq Bin Abdullah berkhidmat di MyAngkasa Amanah Berhad pada 9 April 2014 dan kini dilantik sebagai Pengurus Unit Pusaka. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian) dan mempunyai Diploma Syariah dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Beliau berpengalaman luas dalam operasi pusaka, pemasaran serta latihan agen dalam bidang perancangan dan pentadbiran pewarisan selain pernah berkhidmat sebagai Eksekutif di As – Salihin Trustee Berhad.

Mohamad al-Jauoharie bin moharam

Pengurus

En. Mohamad Al – Jauoharie Bin Moharam memulakan karier di MyAngkasa Amanah Berhad pada 8 April 2014 dan kini menyandang jawatan sebagai Pengurus Unit Wasiat. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) dari Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech.
Berpengalaman dalam operasi wasiat, latihan agen serta konsultan MAAB dan pemasaran produk perancangan harta pusaka. Pernah berkhidmat Perunding di Takaful Ikhlas Sdn Bhd dari Julai 2009 hingga Oktober 2011.

Norsyah bin sharipuddin

Pengurus

En. Norsyah Bin Sharipuddin mula berkhidmat di MyAngkasa Amanah Berhad pada 14 April 2014 dan kini dilantik sebagai Pengurus Unit Hibah dan Amanah. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Usuluddin, Akademi Pengajian Islam dari Universiti Malaya.

Pengalamannya merangkumi produk kewangan Islam sebagai perunding dan penceramah dalam industry perancangan kewangan termasuk takaful/insurans, perwarisan dan saham Amanah sejak 2008. Beliau telah memulakan kariernya sejak 20 tahun yang lalu terutamanya dalam pemasaran, jualan dan latihan dalaman agensi yang menyimpulkan penembusan bahagian pasaran, akaun dan penjualan / pengurusan saluran jualan dan pengembangan perniagaan.

Saidah azimah binti md jani

Pengurus

Pn. Saidah Azimah Binti Md Jani memulakan karier di MyAngkasa Amanah Berhad pada 10 Februari 2014 dan kini menyandang jawatan sebagai Pengurus Unit Pentadbiran Dan Kewangan. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Perbankan Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Kepujian) dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Beliau pernah berkhidmat di RHB Bank Berhad sebagai Eksekutif Bank dan Pegawai Perhubungan bahagian perbankan korporat sejak 2018 hingga 2011 sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana.

EnglishMalay